Monday, September 26, 2011

Kaloi Merah..berakhirnya satu penantian aku selama ini..














Tarikh : 26hb Sept 2011
Jam: 6:30 ptg
Lokasi: Sg Anak Bukit, Alor Setar
Umpan : cengkerik
Anggaran berat : 2~3kg

Cuaca baik petang ni, angin sepoi-sepoi jerr..aku tengok buah ara yg masak dah makin kurang..tinggai tak banyak lagi. Tergerak hati nak tengok plak kalau-kalau ada lagi kaloi yg dok tunggu buah ara yg gugur tu. Releks jer aku panjat pokok ara tu, ambik beberapa biji buah ara yg buruk, aku baling kedlm sungai tuu..

Kenapa aku guna buah ara yang buruk? kalau baling buah ara yg elok..di takdirkan ada kaloi yang dok tunggu, mesti di belasahnya buah tu. Untuk pengetahuan anda..kaloi ni jenis pemilih sket..kalau buah ara buruk, kurang masak atau terlalau ranum..x akan di makannya.Jd kalau ada kaloi..bila dia dengar deburan air dek balingan buah ara tu, dia akan timbul perlahan-lahan ke permukaan air utk mennyiasat..

So, waktu tu la kita boleh tau ada ka tak dak kaloi..besar atau kecik size kaloi tu atau spesis dia..Tp kita kena dok diam membantu waktu dia timbul tuu..di larang sama sekali memakai baju berwarna terang terutama warna putih..dan dia nampak kelibat kita..pakai x mai dah utk hari tu..

tiba-tiba nampak kelibat kat dlm air kaloi timbul perlahan-lahan..mula2 sekor yg besar, pas tu dtg pula 2 ekor lagi yg sebesar tapak tangan..Wahhh, ada 'chance' ni..bila dia mula selam balik dalam air, terus aku kekereta ambik rod ngan cengkerik..kali ni aku guna pelampung kecik, jadi bila dia mula sedut umpan, senang tau.Tak la terlalu awal 'balas' nanti..sbb sekali tak lekat..esok la plak baru dia mai balik kat tempat tuu..

Aku 'jangkit' cengkerik kat mata kail, pasang pelampung berjarak 3 kaki dr umpan tu..letak pelan2 kat tempat kaloi timbul tadi.Pas tu ambik beberapa biji buah ara buruk, baling ke air dekat-dekat umpan tadi untuk tarik perhatian kaloi tu datang siasat lg..Dalam beberapa minit, aku tengok pelampung kecik tu bergerak-gerak..aku kuatkan iman, jgn 'balas' lg..tunggu sampai pelampung tu tenggelam.

Tiba-tiba aku tengok pelampung tu dan mula tenggelam di tarik kebawah..zappppp !!! aku balas rod tu, perghhh !!! satu kocakan air yang kuat akibat rontaan si kaloi..beberapa minit dok layan dia dari tersangkut pada ranting-ranting pokok yg banayk tu..akhir nya dia keluar ke kawasan yg lapasng, terus aku tegang kan tali..

Yesss..Yesss..Yesss.!!!!! .over expected..gua dapat kaloi merah bebbb, besor gilerr.. bibir mcm negro..goh kat atas kepala mmg besar..mungkin usianya lebih dr usia 3 tahun rasanya..

Dapat juga akhirnya kaloi merah ..spesis yg jarang nampak dalam sungai anak bukit..yang banyak kaloi yang biasa tu aja...Bessstttt..


Memburu rohu di tasik Paya Pahlawan, Jitra

Tarikh : 24hb Sept 2011
Lokasi: Tasik Paya Pahlawan















Hari sabtu, cuaca panas terik..mencuba rohu selepas dpt khabar sorang kawan telah berjaya menaikkan rohu beraiz 4kg..tp tunggu sampai petang..cuma dpt ikan pisang dan lampan bersaiz tapak tangan jer.

Umpan..dedak dan juga cengkerik..

Apa-apa pun, puas hati sebab pemandangannya yg cantik..rasa mcm nak terjun mandi jerrr..















I will coming back laterrrr..see youu..

Friday, September 16, 2011

Jenahak 16hb Sept 2011

Hasil mancing ari ni..Jenahak 2 ekog, guna umpan udang hidup dgn udang TESCO jerr...