Monday, October 29, 2012

Trip Raya ke-2 Aidil Adha..27hb Oct 2012 ke Tuas yan

Assalamulaikum,

Trip ke port biasa untuk menghilangkan gatal tangan..lagi pin dah hampir sebulan tak makan tenggiri 'fresh', jadi pada 27hb Oct, di atur trip ke tuas yan lagi ..Tuas pak Hassan bersama Lan, Ujang, Khamis dan 2 orang lagi kawan Lan yg aku tak ingat nama depa.

Minggu lepas, layan juga DVD otai-otai memancing tenggiri di Rompin..tenggiri disana layan juga rapala, pooper atau jigging. Kalau di Tuas, selain kembong..hanya bulu yang tenggiri layan. 

Jadi, aku pun nak ber experiment juga dengan jig dan popper kat Tuas Yan.Kami bertolak jam 5:30 pagi  setelah berkumpul di Petronas Sg Lalang.Tapi, tadi sebelum keluar rumah, isteri aku dah sediakan moi sup panas sebagai pengalas perut. Aku x berani lagi makan makanan yang bersantan sebelum kelaut sebab dah dua kali dapat mabuk 'free' kerana pekena gulai sebelum keluar kelaut.

Selepas membeli makanan dan ais kiub, aku ngan khamis pekena juga sorang dia biji pil anti-mabuk laut..hihihihi..sebagai persediaan. Bot keluar dari Kuala Dulang sekitar jam 7 pagi. Pagi tu hanya 3 bot yang keluar ke Tuas. Geng Apit ngan Naim juga kelaur ari ni..depa ke tuas lain.


mangsa pertama di naikkan Khamis..otek a.k.a pelutan..dpt 2 ekor saiz yg sama

Lan dgn jenahak bersaiz 2 kg..naik jenahak ni..set joran ngan kekili bernilai sekitar RM400 jatuh kelaut..hihihi

sedang memujuk tenggiri tunggal yg berjaya di tangkap menggunakan teknik belon



naik dah..ni la satu-satunya tenggiri yg kami dpt trip kali ni..

bersaiz sekitar 6 kg..


perjalanan pulang..trip yg kurang memberangsangkan..


masa balik, geng Apit ngan Naim, depa dpt 18 ekor tenggiri..kami cuma dpt sekog saja..Itulah rezeki kami ari ni..next time cuba lagi..insya allah. Yang penting, merasa juga tenggiri fresh seperti yg di harapkan isteri ku..


Saturday, October 13, 2012

Trip memancing di Sangkar Tanjung Dawai


 
Pada 6hb Oct..bersama keluarga dan kenkawan..memancing di pelantar merangkap sangkar ternakan ikan. Caj dia cuma RM10 satu kepala. kat pelantar tu ada tempat dan kemudahan yg selesa..bilik, tempat masak, tempat rehat, meja makan dan kerusi santai. Kena naik bot dr jeti LKIM..tuan punya sangkar akan ambik kita di jeti tu dan bawa ke sangkar dia...mancing tanpa had masa..kita nak balik, dia hantar semula ke jeti. Jarak dr jeti ke sangkar dalam 500 meter juga. Kedudukan sangkar tu di tgh2 antara pantai Merdeka dan Tanjung Dawai..mmg best utk xtvt bersama keluarga atau kenkawan.
Kalau nak p..boleh hubungi : Bang Ari 0111-4704894
umpan kena sediakan sendiri..paling ikan suka, umpan udang hidup ngan isi temenung..
 
 

Tauwabul dgn tangkapan pertama seberat 3kg..ikan temening


Pa'it sedang mencari spot ikan

Tauwabul..sedang memasang umpan

sangkar..


dihadapan..Pantai Merdeka..

hasil tangkapan yg agak lumayam..temening, sembilang, kerapu, ketuka, duri, tetanda ngan gelama..

Ada tempat rehat lagii.

Pa'it dgn kerapu dia


ada peraih mai beli siakap

harga sangkar RM18 sekilo utk siakap



Wa..sedang relekss

Jeti LKIM..tpt bertolak