Monday, October 3, 2011

Trip ke Tuas Yan, 02hb Oct 2011

Haduihhh..belum hilang letih trip ke Pulau Payar kelmarin, ari ni trip ke Tuas Yan pulak. Satu trip yang sangat-sangat aku nantikan sejak aku mula kenal dunia memancing kat tengah laut ni. Sebelum ni cuma dengar orang cerita jerr, tengok dalam youtube..memang best..last-last dapat pi juga.Thanks Lan...

Jadual perjumpaan jam 5 pagi kat Petronas Sg. Lalang..walaupun letih dengan trip ke Pulau Payar siang tadi, tidur aku kurang lelap pasai excited sangat ..lambat rasa tunggu pagi.Aku bangun jam 3:00 pagi..mandi..solat isyak dengan solat tahajjud sekali...mohon kepada Allah selamat pergi dan kembali..dan dapat banyak rezeki...

Selepas berkumpul kat Petronas Sg Lalang, bertolak kami ke Kuala Dulang, tempat kami akan bertolak ke Tuas. Sampai kat jeti, tengok orang ramai sekali..meriah..semua nak p tuas..tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali..

Aduihhhh..jadi ke dak niii..mau ada ribut, kensel la plak trip ni.Dah lama aku nanti-nanti niii..Jam 7 pagi, para tekong bermesyuarat dulu..dan depa buat keputusan ..'line clear'..boleh kelaut..





...dah keluar dari kuala dulang, sedang mengemaskan senjata..











..hening pagi...cool & calm..


'''pulau telur yang semakin jauh di tinggalkan...














 ....aruan tasik...



...tenggiri...apa yang di cari sudah mari...syukurrr















...menggancu tenggiri untuk di naikkan ke atas bot..


...Lan, raja belon..hiihihiiihi..



 ....pulau telur..dah nak sampai selepas berjaya lari dari ribut..













...sambung cerita..ari ni laut sangat beralun.First time aku rasa alun macam ni, dalam hati dok tanya juga dengan diri sendiri..'boleh tahan ka aku hari ni?'..harap-harap tak mabuk laut.. jauh juga perjalanan ke tuas..sejam juga baru sampai..

Aku belajar memancing dalam keadaan bot teroleng kekiri dan kekanan..nak jalan pun payah..kena sampai satu tahap kena mancing sambil duduk...

Tekong pun sporting dan muda lagi..masa awai mancing tak dak strike langsung dari tenggiri.Kata tekong, arus ngan angin tak kena..bagi aku, aku tengok sama saja..


Dekat tengah hari, ikan mula makan, cuaca panas terik..tenggiri mula naik sekor demi sekor...




....hasil yang sangat memuaskan...


......enjoyyyy...
























...keadaan inilah yang buat tekong minta kami balik dengan segera..ribut udah maliiii..kena lariiiii...













ribut tetap mengekori..alun begitu kuat..harap-harap selamat sampai ke jeti...





























Lan dengan posing mautnya dengan tenggiri terakhir yang mematahkan cincin rod dia...
















Akhirnya kami selamat sampai ke jeti..tak hujan punnn..panaih lit-lit lagi.Hmmm..susah nak baca cuaca sekarang.

Dalam trip ini, apa yang aku lihat..para tekongnya penuh dengan team work..

- bila cuaca nampak kurang baik,mereka beramai-ramai meeting dulu untuk membincangkan keputusan nak keluar ke tidak kelaut.Kalau nak keluar..keluar semua..kalau kensel, kensel semua..satu organizer yang baguss..

- bila kat tengah laut, mereka saling calling-calling untuk update hasil tangkapan masing-masing.Mungkin kalau ada tempat yang dapat banyak, bot yang tak dapat langsung boleh pergi mencuba pulak..

- bila keadaan genting seperti cuaca kurang baik..informasi segera di sebarkan, arahan di berikan untuk pulang..tiada yang membantah atau masih mau-mau mencuba nasib..dan jika ada rakan yang masih ada di laut..mereka akan tunggu samapi bot rakan mereka mula bergerak..

Aku happy sangat dengan trip ni..banayk pengalaman yang dapat aku kutip..aku kena sediakan mesin yang sesuai..rod yang sesuai..harap next trip..aku nak strike nak nak belajar main pelampung..with my owh creativity..

Apa pun, tenggiri yang aku bawa balik, terus di buat kari..perghhh !!! sedap giler..anak-anak aku semua enjoy dengan ikan segar..


The Best Ever moment..Tuas Yan..

No comments: