Sunday, January 30, 2011

Catch & Release- BELIDA : tangkapan pada 30hb Jan 2011

Dari tengah hari..berumpankan anak keli yg panjangnya sekitar 3 inci, sabar menunggu, hampir jam 3:15 ptg,sedang asyik...tiba2 joran yg di sandarkan pada btg buluh terangkat, di sentap..

Perghh.."pasti ikan besar ni", kata dlm hati..seperti kail tersangkut pada kayu dlm air, berat sungguh, mmg kuat dia tarik. Aku hentikan dulu drag..tarikannya agak kurang..aku karau cepat2.

Tiba2 melompat dari air kelibat ikan besar berkilat..BELIDA !!! beberapa minit bertarung sambil elakkan dr di tarik ke ranting2 kayu dlm air..last2..berjaya di naikkan..

Berat anggaran hampir 4 kg..photo..tp mata kail tak boleh di buang kerana lekat kuat pada rahang dlm mulut belida..potong tali dan photo lagi..

Akhirnya..ia kembali ke habitat asalnya semula..PUAS !!!!






Friday, January 28, 2011

Catch & Release- Toman : tangkapan pada 29hb Jan 2011

Mancing toman pagi hari..umpan nak keli yg panjangnya 4 inci.
Tak sampai 30 minit terus sambar..hebat sentapan dan tarikan toman ni walaupun berat sekitar 1/2 kg sahaja.

Siap di naikkan..photo..dilepaskan semula..

For next generation:








Catch & Release- kaloi : tangkapan pada 28hb Jan 2011

Kelmarin mancing kaloi..dpt spesis yg agak lain sket warna dia..sisik agak putih dgn jalur kuning atas kepala..cantik...

Selepas di naikkan..photo..di lepaskan semula..

For next genaration..

Monday, January 24, 2011

Port kaloi di kedah

Ikan kaloi boleh di dapati dgn byk di sepanjang sungai anak bukit.Anda boleh guna umpan buah ara atau cengkerik. Dari anak kaloi sampai ke bapak kaloi seberat 3kg boleg di pancing di sini,yg penting kesabaran.

Di sungai ini terdpt dua spesis kaloi iaitu spesis merah dan yg putih kehitaman tu.

Selamat mencuba.