Showing posts with label hampala. Show all posts
Showing posts with label hampala. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

Usaha tangga kejayaan..

Sejak dari bulan Dec 2015 sampai April 2016..aku tiap2 minggu menerjah port2 di sepanjang sungai Kuala Nerang untuk memburu sebarau.. sekali aku strike baby sebarau..tp x dan nak snap photo..dia terlucut dr mata kail dan terus  mengelungsur masuk ke sungai.. Jd la sebagai memori daun pisang..hehehehe..

Aku tak anggap lagi sebagai lesen.. tp at least dia menyuntik kembali semangat baru untuk aku..

Namun pada suatu hari..selepas kecewa menjelajah di sepanjang sg kuala nerang, aku mula bergerak ke arah bawah lagi sbb bahagian hulu paras air sungai telah meningkat disebabkan pelepasan air dr empangan pedu untukmusim penanaman padi 2016. Bila air byk, susah la sikit nak memburu sebarau sbb kawasannya jd semakin luas..

Sampai suatu tempat aku ternampak satu spot yang agak simple tetapi terdapat ciri2 kesukaan sebarau. Apa lg, aku park moto aku tepi jalan, aku terus turun tebing yang tinngi untuk sampai ke carok yg airnya mengalir tenang tp berjeram tuu..

Aku guna spoon jenama Tok Wan 7gm.. sekali aku lempar..terus ada sambaran kasar dr dalam air.. STRIKEEEE !!!!..akhirnya aku dapat lesen. Aku senyum sorang2 di tebing sungai..

Puas tak terhingga..akhirnya usaha aku berbaloi juga. Thank you Allah..







Semangat memburu sebarau aka hampala

Aku belum ada lagi lesen sebarau..teringin sangat-sangat nak rasa tarikan sebarau ni. Setelah gagal misi memburu sebarau yg pertama dgn member2, aku tekad untuk misi lone ranger. Dengan sedikit maklumat yang aku dapat, ada yang bagi tau di sungai Kuala Nerang pun ada spesis ni..

Dengan demikian, setiap minggu aku turun kesana mecari sebarau.. Sah !! mmg ada sebarau di situ.. namun sebarau di situ susah sangat nak mkn spoon dan gewang..sekadar bermainkejar mengejar..sampai tepi dia u-turn..

Aku kongsikan port2 yg aku terjah di Kuala Nerang , Sik, Sedim dan Kuala Ketil tu untuk dikongsi bersama:
sg pedu di Kuala Nerang, jln masuk ke kg tanjung

sg pedu, dekat dgn taman permainan Pekan Kuala Nerang

Kg Rambutan, Kuala Nerang

Kg Rambutan, Kuala Nerang

sang merah hitam, sahabat setia aku..x pernah meragam walaupun di bawa ke mana-mana, alhamdulillah

tgh syok cast sebarau..strike !! ingatkan dah dpt lesen..rupa-rupanya sang haruan

haruan yang sambag minnow aku

close-up

sg chepir, sik.. bbrp kali misscall

sg chepir

sg chepir

sg chepir

sg sedim..no strike. siri jelajah dgn Abu n Pitt Walk

sg sedim

bawah jambatan melintasi sg sedim

sg kuala ketil

sg kual aketil

jeram di sg kuala ketil

sg kuala ketil

sg kuala nerang..sebarau mmg frenzy mengejar anak2 ikan dlm reba kayu tuu.. aku cuma dpt melihat shj..

sg kuala nerang

sg kuala nerang..sebarau just chase and u turn..

sg kuala nerang, dkt area kg mani

kg mani

kg  mani..mmg byk ikan tp x layan umpan2 cast aku..